Welcome to the Non-Invasive Cardiac Laboratory (NICL) at Hospital Sultan Idris Shah.
If you experience intermittent palpitations, dizziness, or irregular heart rhythms that come and go, your doctor may arrange for you to wear a Holter Monitor. This guide explains the purpose of the monitor, how to prepare, and how to record your daily diary during the monitoring period.
What is a Holter Monitor?
A Holter monitor is a small, lightweight, battery-operated wearable device that continuously records your heartβs electrical activity (ECG) for 24 hours, 48 hours, or longer as you go about your normal daily activities.
A routine resting ECG records your heartbeat for only about 10 seconds. If your symptomsβsuch as skipped beats, racing heart, or flutteringβdo not occur during those few seconds in the clinic, a standard ECG will appear completely normal. The Holter monitor captures tens of thousands of heartbeats over an extended timeframe, catching sporadic or unpredictable rhythm abnormalities that would otherwise be missed.
Why has your doctor recommended this test?
Your cardiologist may order a Holter monitor to:
- Investigate intermittent symptoms: Pinpoint the cause of recurrent palpitations, fluttering sensations, unexplained dizziness, lightheadedness, or fainting spells.
- Diagnose cardiac arrhythmias: Detect abnormal rhythms such as Atrial Fibrillation (AFib), Supraventricular Tachycardia (SVT), premature beats (PVCs/PACs), or dangerously slow heartbeats (bradycardia/heart blocks).
- Assess treatment effectiveness: Determine if anti-arrhythmic medications are controlling your irregular rhythm.
- Evaluate pacemaker or ICD function: Verify that an implanted cardiac device is pacing and sensing appropriately.
- Assess post-heart attack risk: Screen for hidden arrhythmias after myocardial infarction or in diagnosed cardiomyopathies.
How to Prepare for Your Appointment
1. Shower Before Your Appointment πΏ
- Take a thorough bath or shower immediately before coming to the hospital.
- Unless you are fitted with a specialized waterproof patch, standard Holter monitors, electrodes, and wiring must remain completely dry throughout the recording period. You will not be allowed to take a full shower or bath while wearing the device.
2. Skin Care & Shaving π§΄
- Do not apply lotions, creams, oils, or powders to your chest on the day of fitting, as these prevent the adhesive electrode pads from sticking securely.
- For Men: A technician may need to shave small sections of hair on your chest so the electrode patches can make direct, uninterrupted contact with your skin.
3. Clothing π
- Wear a loose-fitting, two-piece outfit (a separate button-down or loose shirt with pants). This makes it easy to attach the leads and conceal the monitor comfortably beneath your clothes.
4. Continue Daily Medications π
- Take all your routine medications as prescribed, unless your cardiologist gives specific instructions to withhold certain drugs.
What to Expect on Fitting Day
Fitting the monitor takes approximately 15 to 20 minutes.
- Electrode Placement: The cardiac technician will clean your chest skin with an alcohol wipe and attach 3 to 7 sticky electrode pads.
- Connecting the Leads: Thin lead wires will connect the chest pads to the small digital recorder.
- Securing the Device: The recorder (roughly the size of a deck of cards or smaller) will be placed inside a soft pouch that you can hang around your neck or clip securely to your waistband or belt.
- Testing the Signal: The technician checks the device to ensure all channels are recording clearly before you leave the clinic.
- Receiving Your Diary: You will be given a printed Patient Activity & Symptom Diary to carry with you.
Daily Rules: Do’s and Don’ts While Wearing the Monitor
| Do | Don’t |
| Maintain your regular daily routine: Go to work, do light exercise, run errands, and sleep normally so the test reflects your true daily heart rhythms. | Do not get the device wet: No showers, baths, swimming, or saunas. Use a damp sponge/cloth to wipe limbs and face, keeping your chest dry. |
| Keep an accurate symptom log: Record the exact time, activity, and symptoms whenever you feel a heartbeat abnormality. | Do not tamper with wires or pads: If a patch loosens, gently press the tape down. Do not disconnect the cables. |
| Wear the monitor to sleep: Keep the device close beside you on the bed or wear the neck pouch to prevent leads from pulling while turning. | Avoid close contact with high electromagnetic fields: Keep mobile phones at least 15 cm away from the monitor. Avoid electric blankets, induction cooktops, and metal detectors. |
How to Keep Your Symptom Diary π
The symptom diary is just as critical as the monitor itself. The cardiologist compares the exact time written in your diary with the ECG waveforms recorded at that precise second.
Example Diary Entry:
β’ 08:30 AM β Walked up 2 flights of stairs β Felt short of breath
β’ 01:15 PM β Sitting at desk after lunch β Felt sudden fluttering / racing pulse (lasted ~2 mins)
β’ 09:45 PM β Watching TV β Felt dizzy / lightheaded
β’ 11:00 PM β Went to bed
Note: If your monitor includes an “Event / Marker” button, press it firmly once whenever you feel a symptom. This places an electronic bookmark on the digital recording. Then, record the time and symptom in your diary.
Returning the Monitor
- Strict Return Time: You must return the device to the NICL clinic at the exact date and time printed on your appointment slip. Other scheduled patients rely on the availability of these monitors.
- Removal: The technician will gently peel off the adhesive pads, clean your skin, and collect your completed paper diary.
- Analysis & Results: The hundreds of thousands of cardiac beats will be run through rhythm-detection software and carefully audited by a Consultant Cardiologist. A diagnostic report will be issued to your referring specialist, who will discuss the findings and treatment plan at your follow-up clinic visit.
Questions or Need to Reschedule?
π Location: Non-Invasive Cardiac Laboratory (NICL), Hospital Sultan Idris Shah, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor.
π Phone: +603-8947 5555
βοΈ Email: admin@nicl.my
Versi Bahasa Melayu: Memahami Pemantauan Holter (Ambulatory ECG 24 Jam / 48 Jam)
Selamat datang ke Makmal Kardiologi Non-Invasif (NICL), Hospital Sultan Idris Shah.
Sekiranya anda sering mengalami rasa berdebar-debar, pening melayang, atau degupan jantung tidak sekata yang datang dan pergi, doktor mungkin menetapkan pemakaian Pemantau Holter (Holter Monitor). Panduan ini menerangkan fungsi alat ini, persediaan yang perlu dilakukan, serta cara merekodkan diari harian anda sepanjang tempoh pemantauan.
Apakah itu Pemantau Holter (Holter Monitor)?
Pemantau Holter ialah sebuah peranti elektronik perubatan bersaiz kompak, ringan, dan dikuasakan oleh bateri yang merakam aktiviti elektrik jantung (ECG) anda secara berterusan selama 24 jam, 48 jam, atau lebih lama semasa anda melakukan rutin seharian.
Ujian ECG biasa di klinik hanya merakam degupan jantung selama kira-kira 10 saat sahaja. Sekiranya masalah jantung anda (seperti rasa berdebar atau degupan melompat) tidak berlaku dalam masa 10 saat tersebut, keputusan ujian ECG akan kelihatan normal. Pemantau Holter merakam puluhan ribu degupan jantung sepanjang tempoh pemakaian, sekali gus mengesan sebarang gangguan ritma jantung yang berlaku secara berselang-seli atau tidak menentu.
Mengapa Doktor Menyarankan Ujian Ini?
Pakar kardiologi mungkin mengesyorkan pemantauan Holter untuk:
- Menyiasat Gejala Berkala: Mengenal pasti punca sebenar rasa debaran kencang (palpitations), denyutan tidak teratur, pening kepala tanpa punca, atau episod pengsan/pitam.
- Mendiagnosis Aritmia Jantung: Mengesan masalah seperti Fibrilasi Atrium (Atrial Fibrillation), Supraventricular Tachycardia (SVT), denyutan pramatang (PVC/PAC), atau rentak jantung yang terlalu perlahan (bradycardia).
- Menilai Keberkesanan Ubat: Memeriksa sama ada ubat kawalan ritma jantung berfungsi dengan berkesan.
- Memantau Perentak Jantung (Pacemaker): Memastikan peranti implan jantung berfungsi dan mengesan aktiviti jantung dengan tepat.
- Penilaian Selepas Serangan Jantung: Mengesan kehadiran gangguan ritma tersembunyi bagi pesakit yang pernah mengalami serangan jantung atau lemah otot jantung (cardiomyopathy).
Persediaan Sebelum Menghadiri Temujanji
1. Mandi Sebelum Hadir ke Hospital πΏ
- Sila mandi dengan bersih sejurus sebelum hadir ke hospital.
- Alat pemantau Holter, wayar, dan pelekat elektrod tidak boleh terkena air sama sekali sepanjang tempoh pemantauan. Anda tidak dibenarkan mandi secara biasa semasa memakai alat ini demi menjaga fungsi peralatan dan ketepatan data.
2. Penjagaan Kulit Dada π§΄
- Jangan sapu sebarang losyen badan, krim, minyak, atau bedak pada bahagian dada pada hari pemasangan. Bahan ini menghalang pelekat elektrod daripada melekat dengan kemas pada kulit.
- Pesakit Lelaki: Bulu dada mungkin perlu dicukur sedikit pada bahagian tertentu oleh petugas agar pelekat elektrod dapat membuat sentuhan rapat dengan kulit.
3. Pakaian π
- Pakai pakaian longgar dua helai (baju berbutang di hadapan atau kemeja-T longgar bersama seluar). Ini memudahkan kerja pemasangan elektrod serta membolehkan alat pemantau disimpan kemas di bawah pakaian.
4. Ubat-ubatan π
- Teruskan pengambilan ubat-ubatan harian anda seperti biasa, melainkan diarahkan sebaliknya oleh doktor anda.
Apa yang Berlaku Semasa Pemasangan?
Proses pemasangan alat hanya mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit.
- Pemasangan Pelekat Elektrod: Juruteknologi kardiologi akan membersihkan permukaan kulit dada dengan tisu alkohol dan menampal 3 hingga 7 keping pelekat elektrod khas.
- Sambungan Wayar: Wayar penyambung halus akan disambungkan daripada pelekat dada ke peranti perakam digital mini.
- Menempatkan Peranti: Peranti perakam (sebesar kotak mancis atau telefon kecil) akan dimasukkan ke dalam kantung kain lembut yang boleh digantung pada leher atau disemat pada tali pinggang anda.
- Ujian Isyarat: Petugas akan memastikan isyarat rakaman ECG berfungsi dengan sempurna sebelum anda dibenarkan pulang.
- Penyerahan Diari Simptom: Anda akan dibekalkan dengan sehelai kertas Diari Aktiviti & Simptom Pesakit untuk diisi sepanjang tempoh pemantauan.
Panduan Semasa Memakai Pemantau Holter: Perkara Boleh & Tidak Boleh
| Boleh Dilakukan (Do) | Dilarang Sama Sekali (Don’t) |
| Kekalkan aktiviti harian biasa: Teruskan bekerja, berjalan santai, membuat kerja rumah ringan, dan tidur seperti biasa agar rakaman mencerminkan keadaan sebenar degupan jantung anda. | Dilarang membasahi alat: Jangan mandi di bawah pancuran (shower), berendam di dalam tab mandi, atau berenang. Anda hanya boleh mengelap bahagian anggota badan lain dengan kain lembap tanpa membasahkan dada. |
| Merekod diari dengan teliti: Catatkan masa, aktiviti yang dilakukan, serta simptom yang dirasai sekiranya berlaku debaran atau pening. | Jangan ubah sambungan wayar: Sekiranya pelekat tertanggal sedikit di bahagian tepi, tekan semula pita pelekat perlahan-lahan. Jangan cabut sambungan wayar daripada alat. |
| Pakai alat semasa tidur: Letakkan peranti di sebelah anda di atas tilam atau terus gantung pada leher agar wayar tidak tertarik semasa anda berpusing ketika tidur. | Jauhi medan elektromagnetik kuat: Jangan letak telefon bimbit betul-betul di atas alat pemantau. Jauhi selimut elektrik, dapur aruhan (induction cooker), dan pengimbas keselamatan lapangan terbang. |
Cara Mencatat Diari Simptom π
Diari simptom adalah bahagian yang paling penting dalam ujian ini. Pakar Kardiologi akan membandingkan masa yang anda catat dengan graf ECG yang dirakam pada saat tersebut.
Contoh Catatan Diari:
β’ 08:30 Pagi β Menaiki tangga 2 tingkat β Berasa sedikit sesak nafas
β’ 01:15 Petang β Duduk di meja pejabat selepas makan β Rasa jantung berdegup kencang / bergetar (~2 minit)
β’ 09:45 Malam β Berehat menonton TV β Rasa pening melayang
β’ 11:00 Malam β Masuk tidur
Perhatian: Sekiranya alat anda mempunyai Butang Penanda Acara (Event Button), tekan butang tersebut sekali setiap kali anda merasa simptom tidak normal. Ini akan meletakkan tanda elektronik pada rakaman digital. Kemudian, catatkan masa dan simptom tersebut ke dalam diari anda.
Pemulangan Alat Pemantau
- Ketepatan Masa Pemulangan: Anda wajib memulangkan peranti ke Makmal NICL pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Alat ini perlu disanitasi dan diprogramkan segera untuk kegunaan pesakit lain yang telah dijadualkan.
- Penanggalan Alat: Juruteknologi akan menanggalkan pelekat elektrod secara berhati-hati, membersihkan sisa pelekat pada kulit, dan mengambil kertas diari anda.
- Analisis & Keputusan: Ratusan ribu data denyutan jantung akan dimuat naik ke dalam perisian analisis khas dan diteliti oleh Pakar Kardiologi. Laporan rasmi akan disediakan untuk dibincangkan oleh doktor yang merawat anda semasa temujanji susulan di klinik.
Sebarang Pertanyaan atau Penjadualan Semula?
π Lokasi: Makmal Kardiologi Non-Invasif (NICL), Hospital Sultan Idris Shah, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor.
π Telefon: +603-8947 5555
βοΈ Emel: admin@nicl.my
