Understanding Your Head-Up Tilt Table Test (HUTT)

Welcome to the Non-Invasive Cardiac Laboratory (NICL) at Hospital Sultan Idris Shah.

If you experience unexplained fainting spells, recurrent dizziness, or lightheadedness when standing up, your doctor may schedule you for a Head-Up Tilt Table Test (HUTT). This guide outlines the purpose of the test, how to prepare, and what to expect during your appointment.

What is a Head-Up Tilt Table Test?

A Head-Up Tilt Table Test is a non-invasive diagnostic procedure used to evaluate how your body’s autonomic nervous system controls your blood pressure and heart rate in response to changes in posture.

When you stand up from a lying position, gravity causes blood to pool in your legs and lower body. Normally, your nervous system automatically signals your blood vessels to narrow and your heart rate to adjust slightly, maintaining steady blood flow to the brain. In some individuals, this regulatory reflex misfires, causing a sudden drop in blood pressure, heart rate, or bothโ€”leading to lightheadedness or fainting (syncope).

During this test, you lie on a motorized table that tilts your body upright while our clinical team continuously tracks your cardiovascular reflexes in a controlled environment.

Why has your doctor recommended this test?

Your cardiologist may order a Tilt Table Test to:

  • Investigate unexplained fainting (syncope): Determine whether recurring fainting spells are caused by an abnormal autonomic reflex (known as vasovagal or neurocardiogenic syncope).
  • Diagnose Orthostatic Hypotension: Detect significant blood pressure drops that occur upon standing.
  • Evaluate Postural Orthostatic Tachycardia Syndrome (POTS): Identify excessive increases in heart rate without blood pressure drops upon standing upright.
  • Differentiate from other conditions: Distinguish circulatory fainting from neurological causes (such as seizures) or inner-ear balance disorders.

How to Prepare for Your Test

1. Fasting Guidelines ๐Ÿฝ๏ธ

  • Fast from solid food for at least 3 to 4 hours prior to your scheduled test time.
  • Small sips of plain water are permitted up to 2 hours before the test.
  • Why? If you become nauseated or faint during the test, having an empty stomach prevents vomiting and airway complications.

2. Avoid Stimulants โ˜•

  • Do not consume caffeine (coffee, tea, cola, chocolate, energy drinks) for at least 24 hours before the test, as caffeine directly affects blood pressure and heart rate responses.
  • Avoid smoking or nicotine products on the day of the test.

3. Medication Instructions ๐Ÿ’Š

  • Certain medications (such as beta-blockers, ACE inhibitors, diuretics, or fludrocortisone) can alter your vascular reflexes and mask the condition being tested.
  • Consult your doctor: Ask specifically if any of your blood pressure or heart medications should be paused for 24 to 48 hours prior to the test. Do not stop taking any medications without explicit medical instructions.
  • Bring your complete list of current medications with you.

4. Clothing & Mandatory Companion ๐Ÿš—

  • Wear loose, comfortable clothing (shirt and trousers) and flat, comfortable shoes.
  • Bring an accompanying person: Because the test is designed to evaluate fainting, you may feel tired, weak, or lightheaded afterward. You must have an adult family member or caregiver accompany you to drive you home safely.

What to Expect During the Procedure

The test typically takes between 45 to 90 minutes, depending on whether medication is required during the second stage.

Step 1: Setup & Baseline (Flat) โž” Step 2: Passive Upright Tilting (60ยฐโ€“70ยฐ) โž” Step 3: Provocation Phase (If Needed) โž” Step 4: Recovery
  1. Safety Restraints & Monitoring: You will lie flat on a specialized motorized examination table. Soft safety straps will be secured across your chest, waist, and knees. These straps do not squeeze you, but they ensure you remain completely safe and supported if you become weak or lose consciousness.
  2. Monitoring Equipment: ECG stickers are placed on your chest to monitor cardiac rhythm, a continuous blood pressure cuff is placed on your finger or arm, and a small intravenous (IV) line may be inserted into your arm as a safety precaution.
  3. Phase 1 โ€“ Baseline (Supine): You will rest quietly lying flat for 10 to 15 minutes while your baseline resting heart rate and blood pressure are recorded.
  4. Phase 2 โ€“ The Tilt (Passive Phase): The table is smoothly tilted upright to an angle of 60 to 70 degrees (head-up, feet resting on a footboard). You will remain standing upright on the tilted table for about 20 to 30 minutes without moving your legs.
  5. Phase 3 โ€“ Provocation Phase (If Symptoms Do Not Occur): If your vitals remain unchanged and no fainting symptoms appear, the medical team may administer a dose of sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN spray under your tongue). This medication mildly dilates blood vessels to test how your body responds under mild circulatory stress for another 15 to 20 minutes.
  6. Communication: Throughout the procedure, inform the team immediately if you feel:
    • Dizziness, lightheadedness, or spinning sensations
    • Nausea or cold sweats
    • Blurred or “tunnel” vision
    • Palpitations or hot flushes
    • The sensation that you are about to faint

Immediate Safety Response: If your blood pressure drops significantly, your heart rate slows excessively, or you faint, the test is complete. The medical team will immediately return the table to a completely flat position. Blood flow to the brain returns rapidly, and consciousness is regained within seconds.

What Happens After the Test?

  • Recovery Bay: You will remain resting flat on the table or an observation bed for 15 to 30 minutes until your blood pressure and heart rate stabilize.
  • Hydration: Once you are fully alert and stable, you will be offered a glass of water.
  • Going Home: After your IV line is removed and vital signs are verified, you will be discharged in the care of your accompanying driver. Rest quietly at home for the rest of the day.
  • Results: The recorded cardiac rhythms and blood pressure curves will be reviewed and analyzed by the Consultant Cardiologist. A diagnostic report will be sent to your referring doctor, who will discuss tailored treatment options (such as lifestyle adjustments, physical counter-pressure maneuvers, or medications) at your follow-up clinic visit.

Questions or Need to Reschedule?

๐Ÿ“ Location: Non-Invasive Cardiac Laboratory (NICL), Hospital Sultan Idris Shah, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor.

๐Ÿ“ž Phone: +603-8947 5555

โœ‰๏ธ Email: admin@nicl.my

Versi Bahasa Melayu: Memahami Ujian Meja Dongak / Condong (Tilt Table Test)

Selamat datang ke Makmal Kardiologi Non-Invasif (NICL), Hospital Sultan Idris Shah.

Sekiranya anda kerap mengalami episod pengsan tanpa sebab, rasa pitam, atau pening yang ketara apabila berdiri tegak, doktor anda mungkin menjadualkan Ujian Meja Dongak atau Head-Up Tilt Table Test (HUTT). Panduan ini disediakan bagi menerangkan tujuan pemeriksaan, persediaan yang perlu dilakukan, serta langkah ujian dijalankan.

Apakah itu Ujian Meja Dongak (Tilt Table Test)?

Ujian Meja Dongak ialah pemeriksaan diagnostik bukan invasif yang digunakan untuk menilai bagaimana sistem saraf autonomik tubuh mengawal tekanan darah dan degupan jantung apabila posisi badan beralih daripada baring kepada tegak.

Apabila seseorang berdiri daripada keadaan berbaring, graviti menyebabkan darah mengalir ke arah kaki dan bahagian bawah abdomen. Secara fisiologi biasa, sistem saraf akan bertindak balas secara automatik dengan mencerutkan salur darah dan meningkatkan sedikit denyutan jantung untuk memastikan bekalan darah ke otak kekal mencukupi. Bagi sesetengah individu, refleks kawalan ini mengalami gangguan, menyebabkan tekanan darah atau kadar jantung jatuh mendadakโ€”seterusnya membawa kepada rasa melayang, pitam, atau pengsan (syncope).

Dalam ujian ini, anda akan berbaring di atas meja bermotor khas yang boleh dicondongkan ke posisi separa tegak sementara pasukan perubatan memantau tindak balas jantung dan tekanan darah anda dalam persekitaran yang terkawal dan selamat.

Mengapa Doktor Menyarankan Ujian Ini?

Pakar kardiologi mungkin mengesyorkan ujian ini untuk:

  • Mengenal pasti punca pengsan tanpa sebab (Syncope): Memeriksa sama ada gejala pengsan berulang berpunca daripada refleks neurovaskular luar kawal (Vasovagal / Neurocardiogenic Syncope).
  • Mendiagnosis Hipotensi Ortostatik (Orthostatic Hypotension): Mengesan kejatuhan tekanan darah yang ketara sejurus selepas berdiri.
  • Menilai Sindrom POTS (Postural Orthostatic Tachycardia Syndrome): Mengesan kenaikan kadar denyutan jantung yang luar biasa laju semasa berdiri tegak tanpa kejatuhan tekanan darah.
  • Membezakan punca klinikal: Membezakan antara pengsan akibat masalah peredaran darah dengan punca sawan (seizure) atau gangguan imbangan telinga dalam.

Persediaan Sebelum Menjalani Ujian

1. Arahan Berpuasa ๐Ÿฝ๏ธ

  • Berpuasa daripada makanan pejal sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam sebelum waktu temujanji anda.
  • Tegukan kecil air kosong dibenarkan sehingga 2 jam sebelum ujian.
  • Tujuan: Sekiranya anda berasa loya atau pitam sepanjang ujian, perut yang kosong dapat menghalang risiko muntah atau tersedak.

2. Elakkan Pengambilan Bahan Rangsangan โ˜•

  • Jangan ambil sebarang minuman atau makanan berkafein (kopi, teh, minuman berkarbonat, coklat, minuman bertenaga) sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ujian.
  • Elakkan merokok atau produk nikotin pada hari ujian.

3. Arahan Pengambilan Ubat-ubatan ๐Ÿ’Š

  • Ubat-ubatan darah tinggi atau jantung tertentu (seperti beta-blockers, ubat penurun tekanan darah, atau ubat diuretik) boleh mempengaruhi keputusan ujian.
  • Rujuk doktor anda: Dapatkan kepastian daripada doktor sama ada anda perlu menangguhkan sebarang ubat harian untuk tempoh 24 hingga 48 jam sebelum ujian. Jangan hentikan sebarang ubat tanpa arahan jelas daripada doktor.
  • Bawa senarai atau kotak ubat terkini anda pada hari ujian.

4. Pakaian & Kewajipan Pengiring ๐Ÿš—

  • Pakai pakaian longgar yang selesa (baju dan seluar) serta kasut bertutup bertapak rata.
  • Wajib hadir bersama waris/pengiring: Oleh kerana tujuan ujian ini adalah untuk menilai punca pengsan, anda mungkin berasa lemah, lesu, atau pening selepas ujian. Anda mesti ditemani oleh ahli keluarga atau pengiring dewasa untuk memandu anda pulang.

Apa yang Berlaku Semasa Ujian Dijalankan?

Pemeriksaan ini secara amnya mengambil masa antara 45 hingga 90 minit.

  1. Pemasangan Tali Keselamatan & Alat Pemantau: Anda akan berbaring mendatar di atas meja pemeriksaan khas. Tali keselamatan yang lembut akan dipasangkan pada bahagian dada, pinggang, dan lutut. Tali ini tidak menyakitkan, sebaliknya berfungsi menyokong tubuh anda dengan selamat sekiranya anda berasa lemah atau pitam.
  2. Pemasangan Monitor: Pelekat elektrod ECG diletakkan pada dada untuk memantau ritma jantung, sarung tekanan darah dipasang pada lengan/jari, dan jarum tiub kecil (kanula IV) dipasang pada salur darah tangan sebagai langkah persediaan keselamatan.
  3. Fasa 1 โ€“ Bacaan Rehat (Mendatar): Anda akan berbaring dengan tenang selama 10 hingga 15 minit bagi merekodkan bacaan asas tekanan darah dan kadar jantung semasa berehat.
  4. Fasa 2 โ€“ Fasa Dongak / Condong (Tilt Phase): Meja akan dicondongkan secara perlahan ke sudut 60 hingga 70 darjah (posisi separa tegak dengan kaki berpijak pada papan penahan). Anda akan berdiri di atas meja condong ini selama 20 hingga 30 minit tanpa menggerakkan kaki.
  5. Fasa 3 โ€“ Ubat Provokasi (Sekiranya Perlu): Sekiranya tiada sebarang perubahan ketara pada bacaan dan tiada gejala pitam, doktor mungkin memberikan semburan ubat Glyceryl Trinitrate (GTN) di bawah lidah. Ubat ini membuka sedikit salur darah untuk menguji tindak balas refleks peredaran darah anda untuk tempoh 15 hingga 20 minit seterusnya.
  6. Komunikasi Bersama Petugas:Sila maklumkan kepada petugas dengan segera sekiranya anda mengalami:
    • Pening kepala atau rasa berpusing (lightheadedness)
    • Rasa mual, loya, atau keluar peluh sejuk
    • Penglihatan menjadi kabur atau gelap (tunnel vision)
    • Jantung berdebar laju atau rasa hangat
    • Rasa seperti hendak pengsan

Tindakan Keselamatan Serta-Merta: Sekiranya tekanan darah jatuh mendadak, degupan jantung menurun terlalu perlahan, atau anda pengsan, ujian dikira selesai. Petugas akan menurunkankan semula meja ke posisi mendatar dengan serta-merta. Aliran darah ke otak akan pulih serta-merta dan anda akan sedar kembali dalam beberapa saat.

Apa yang Berlaku Selepas Ujian?

  • Ruang Pemantauan: Anda akan berehat di atas katil secara mendatar selama 15 hingga 30 minit sehingga bacaan tekanan darah dan kadar denyutan jantung kembali normal.
  • Hidrasi: Air kosong akan diberikan apabila anda telah pulih dan stabil sepenuhnya.
  • Pulang ke Rumah: Jarum kanula IV akan ditanggalkan dan anda dibenarkan pulang di bawah jagaan waris atau pengiring. Anda dinasihatkan untuk berehat secukupnya di rumah pada hari tersebut.
  • Keputusan Ujian: Graf tekanan darah dan ritma jantung sepanjang ujian akan dianalisis oleh Pakar Kardiologi. Laporan perubatan rasmi akan diserahkan kepada doktor yang merujuk anda untuk membincangkan pelan rawatan (seperti perubahan gaya hidup, teknik senaman tekanan fizikal, atau ubat-ubatan) semasa temujanji klinik susulan.

Sebarang Pertanyaan atau Penjadualan Semula?

๐Ÿ“ Lokasi: Makmal Kardiologi Non-Invasif (NICL), Hospital Sultan Idris Shah, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor.

๐Ÿ“ž Telefon: +603-8947 5555

โœ‰๏ธ Emel: admin@nicl.my

Scroll to Top